WELCOME TO MUMTAZBAZZ

ALL THINGS IN HERE!!!

MACAM-MACAM ADA....

PROGRAM MRU

Carilah Hatimu!

...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

KATA HIKMAH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Monday, May 27, 2013

Madrasah Nabawiyah Akhawat 1

Tarikh: 25 Mei 2013
Tempat: Rumah Ezzati, Gam'ah
Masa: lepas solat maghrib (7.45 malam - 8.45 malam)
Penyampai: Nur Ezzati Abd Rahman
Kitab Rujukan: Fiqh Sirah dan Raheeq Makhtum

Majlis  dimulakan dengan pengenalan tentang siapa pengarang kitab Fiqh Sirah. Sedikit peringatan tentang gerangan Said Ramadan Al-Buti, ulama Syria yang merupakan Ahli Sunnah wal Jamaah yang banyak mengrang kitab-kitab yang sehingga sekarang menjadi rujukan seluruh dunia. Bezanya orang yang hidup untuk Islam. Sehingga sekarang, karyanya masih hidup, menjadi bahan bacaan ramai orang.

Mengapa kita perlu belajar Sirah?

  • Memahami peribadi Rasulullah saw.
  • Meniru dan mengikut contoh tauladan yang unggul dalam segenap lapangan
  • memahami dan mengecapi isi kandungan al-Quran
  • menambah rasa cinta kepada Rasulullah
Rahsia Pemilihan Semenanjung Arab sebagai Tapak Pancaran Islam

  • tanah Arab dikelilingi tamadun yang besar sekitarnya seperti Rom, Parsi, Greek dan India. Di setiap tempat ini, banyak berlaku huru-hara.
  • Semenanjung tanah Arab merupakan kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dari gejala huru-hara tadi.
  • Masih terdapat saki-baki agama Hanif, yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim.
  • bagaimana boleh adanya penyembahan berhala?
  • bermula dari Amru bin Luai yang pergi ke Syam. Kemudian menlihat sekumpulan manusia, Kaum 'Amalik yang menyembah berhala. Maka, dia ambil satu dari berhala tersebut untuk dibawa pulang ke Mekah.Semenjak dari itu, penyembahan berhala berkembang.
Hikmah:

  • Kedudukan yang berada di tengah memudahkan penyebaran agama Islam
  • permulaan dari kawasan yang tandus, buta huruf, tanpa tamadaun menunjukkan agama ini datang dari Allah, bukan dari ahli falsafah.
Muhammad Nabi yang Terakhir.

Sepotong Hadith Nabi yang bermaksud:
“Aku dan Para Anbiya’ sebelumku ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata: Mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu? Maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi.”

Sendi dakwah para 'Anbiya:

1. Aqidah kepercayaan
2. perundangan dan akhlak

Nasab keturunan Nabi:

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Kusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Mu'ad bin Adnan.

  • baginda disusukan oleh Suwaybah, hamba pada Abu Jahal pada mulanya.
  • Kemudian, disusukan oleh Halimatus Sa'diah.
  • banyak irhas yang berlaku ketika dalam jagaan Halimatus Saadiah, seperti susunya menjadi banyak, binatang ternakannya sihat dan mampu mengeluarkan banyak susu, tanamannya subur.


Perkongsian video yang dihayati sebelum majlis berakhir. Video yang sungguh menyentuh hati sehingga mengalir air mata sebak mengenangkan insan yang banyak berjasa untuk kita..

Friday, May 24, 2013

Jaulah Maqam I-Mumtazziah II


Sambungan bahagian kedua..


Banyak juga maqam yang sempat dilawati walaupun sekejap-sekejap untuk setiap tempat lantaran masa yang terhad. Dan dalam melawat maqam keluarga nabi, tidak dapat tidak, harus kita ketahui salasilah keluarga baginda untuk kita kenal siapa cucu-cicit keturunan junjungan besar s.a.w.


Salasilah keturunan Saidina Ali iaitu, menantu, sepupu dan sahabat nabi yang berkahwin dengan Saidatina Fatimah az-Zahra, puteri kesayangan Rasulullah.

Antara maqam lain yang sempat dilawati:

1. Sayyidah Sukainah Sughra
2. Sayyidah Sukainah Kubra

  • 3. Sidi Ali Zainal Abidin


4. Sayyidah Atikah binti Umar bin Nufail al-Qarshi
  • berkahwin dengan Zubair al-Awwam dan Muhammad bin Abu Bakar
5. Sayyidah Ruqayyah
6. Saidina Ali Muhammad bin Jaafar Sadiq
7. Saidina Uqbah bin Umair
  • berdampingan dengan Rasulullah bagaikan bayang-bayang dengan orangnya dalam peperangan Uhud
  • Ditugaskan sebagai pemanah dalam peperangan Uhud
  • mempunyai suara yang cukup merdu. Ia menjadi ingatan bagi para sahabat yang berjumpa dengan beliau, bahawa mahu mendengar bacaan al-Quran darinya.
  • berpesan kepada anak-anaknya dengan 3 pesanan penting, iaitu tidak mengambil hadis kecuali dari orang kepercayaan, agar tidak hutang walaupun terpaksa memakai pakaian compang-comping, dan agar tidak lalai dari membaca al-Quran walaupun sibuk dengan syair-syair indah.
8.Rabiatul Adawiyah
  • lahir pada kurun 2 Hijrah di pinggiran terpencil Kota Basrah
  • salah seorang wanita yang memeluk agama Islam
  • beliau tidak pernah berkahwin, seluruh kehidupannya digunakan untuk berzikir, bertilawah dan berwirid
  • meninggal dunia pada tahun 185 H bersamaan 796 M
9. Zunnun al-Misri
  • nama sebenar: Al-Imam al-'Arif Al-Sufy Al-Wasil Abu Faidl Tsauban bin Ibrahim Al-Misri
  • berasal dari Akhataman salah satu kota di daerah pedalaman di Mesir
  • seorang sufi yang masyhur di Mesir
  • terkenal dengan ilmu makrifat
  • beliau mengatakan, "neraka bukanlah yang harus ditakuti, yang lebih ditakuti adalah ketika berpisah dengan kekasih sejati"
10. Imam Hasan al-Banna
  • dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya, Iskandariah Mesir
  • pengasas Ikhwan Muslimin
  • pada 12 Februari 1949, setelah selesai menunaikan solat isyak, 2 orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi yang ditahan oleh beliau dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan.
  • beliau terkena 7 tembakan, tetapi masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin memanggil ambuland untuk membawa mereka mereka ke hospital
  • setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhmaad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna
  • pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
  • antara hasil karyanya yang terkenal ialah: ad-Dakwah wa Daiyah, Majmuk Rasail, Allah Fi Aqidah Islamiah dan banyak lagi.




Sedikit sebanyak perkongsian untuk jaulah kali ini. Diharap semua peserta dan pembaca mendapat manfaat dan disebarkan juga kepada sahabat yang lain. Semoga dapat menambahkan rasa cinta dan kasih kepada keluarga baginda dan para salafussoleh..amin..




























Wednesday, May 15, 2013

Jaulah Maqam I-Mumtazziah 1

Pada 6 Mei 2013, satu lawatan ilmiah yang diberi nama Jaulah I-Mumtazziah telah diadakan khusus untuk akhawat batch I-Mumtazz. Lawatan ini telah dikendalikan oleh AJK BSAL Batch bersama-sama AJK BPI Batch di pihak akhawat yang dipantau oleh Timbalan Ketua Batch I-Mumtazziah, Liyana Latep bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli batch dan juga mendedahkan kepada peserta maqam-maqam para ulama yang terdapat di Kaherah.



Antara maqam yang sempat dilawati ialah:
1.       Sheikh Soleh al-Ja’fari al-Husaini.
·         Berasal dari Sudan, berkulit hitam, wafat pada 1979
·         Imam besar Masjid al-Azhar lebih dari 50 tahun
·         Ulama hadis dan feqah
·         Keturunan nabi saw (bersambung keturunannya dengan Saidina Jaafar As-Sodiq bin Muhamad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Saidina Ali bin Abi Talib)
·         Pengasas bagi tarikat ja’fariyah ahmadiah muhammadiah
·         Merupakan wali Allah yang masyhur diceritakan oleh ulama-ulama

2.      Saidina Sultan Hanafi Shamsuddin
·         Digelar sultan kerana merupakan penghulu para ulama di zamannya
·         Menjadi rujukan para ulama zaman dahulu
·         Antara karamah:
a)      Berjalan dengan anak muridnya di atas Sungai Nil tanpa basah
b)      Boleh memanggil anak muridnya yang dekat mahu pun yang jauh
c)       Semasa menggali telaga, anak muridnya telah mencurahkan air zam zam. Sehingga kini telaga tersebut tidak kering airnya, dan rasanya seperti air zam-zam.


3.       Saiyyidah Zainab
·         Puteri dan anak ketiga Saidina Ali dan Sayyidah Fatimah Zahra as
·         Digelar Zain Abiiha (hiasan ayahnya)
·         Berkahwin dengan Saidina Jaafar at-Tayyar
·         Suka menolong golongan yang lemah

4.       Sayyidah Nafisah
·         Merupakan wali Allah
·         Puteri Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Saidina Hasan bin Saidina Ali
·         Dilahirkan di Mekah pada tahun 145 H
·         Menetap di Mesir selama 7 tahun sehinggalah beliau menemui Allah Taala pada 208 H
·         Sezaman dengan Imam Syafie, dan Imam Syafie sendiri selalu mengunjungi beliau dan sembahyang  tarawih di bulan Ramadan bersamanya
·         Digelar Ummul ‘Ulum (ibu sekalian ilmu)
·         Selama 40 tahun tidak pernah mengambil wuduk ketika subuh melainkan wuduk ketika isyak dikekalkan sehingga subuh.
·         Beliau juga berpuasa selama 40 tahun dan wafat ketika berpuasa.
·         Apa yang beliau doakan, akan dimakbulkan. Antara kisah karamah beliau:
a)   Anak seorang kafir zimmi yang kembali ke pangkuan ibunya setelah menjadi tawanan. Perempuan tersebut terus masuk Islam. Lagi cerita.    
b)      Seorang lelaki yang dihijab dari kelihatan di hadapan seorang gabenor yang zalim selepas didoakan keselamatan oleh Sayyidah Nafisah. Lagi cerita
c)       Mak cik yang merupakan seorang penenun kain yang memberi makan terhadap anak yatim, ditimpa musibah. Selepas didoakan, mak cik tersebut mendapat dikurniakan nikmat yang berganda. Lagi cerita.
d)  Seorang anak kafir yang lumpuh dapat berjalan semula selepas terkena air wuduk Sayyidah Nafisah ketika anak kecil itu ditinggalkan ibunya bersama beliau.Lagi cerita.

5. Ibnu Sirin
  • dilahirkan pada zaman pemerintahan sahabat iaitu ketika zaman Khalifah Uthman bin Affan
  • beliau sempat hidup dan menuntut ilmu daripada beberapa orang sahabat yang hebat seperti Zaid bin Thabit, Anas bin Malik, Umran bin al-Husoin, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin a-Zubair dan Abu Hurairah
  • seorang ulama dan diberi anugerah daripada Allah untuk mentafsir mimpi.


Setakat ini dulu buat kali ini. In sha Allah, akan disambung baki maqam yang dilawati pada post yang akan datang. Semoga ziarah maqam ini dapat menambahkan rasa cinta pada sahabat-sahabat nabi, mengenal salasilah dan menjadi motivasi unntuk menambah amal ibadat kita dalam pencarian mencari reda Ilahi.

Seharusnya keberadaan kita di bumi ardul kinanah ini dimanfaatkan sebaiknya dengan melawat tempat-tempat yang ada barakah. Semoga Allah memberi kita kesempatan.








Thursday, May 9, 2013

'Berpenyakitkah Hati Ini'

Bismillahirrahmanirrahim...

Asrama MARA, 20 April 2013 – Batch Tahun 4, I-Mumtaz telah mengadakan kuliyah maghrib yang bertajuk ‘Penyakit Hati Seorang Doktor’ di sutuh asrama bagi mendengar kalam-kalam yang mendidik hati agar sentiasa memiliki hati seorang hamba.

Usai solat maghrib berjemaah, kuliyah dimulakan. Walau cuaca sejuk mengiringi, namun tiada seorang pun yang berganjak meninggalkan majlis, mungkin masing-masing terkesan dengan kata-kata pentazkirah yang kadang kala sangat menyentuh hati. Dr Zaim bin Samsuri yang didatangkan khas dari Universiti Ain Shams merupakan Penasihat PERUBATAN Ain Shams yang mempunyai pengaruh tersendiri di muhafazah Kaherah.

‘Apabila ditanya kepada Saidatina Aisyah, apakah itu kejahatan? Maka jawab Aishah,’ Kejahatan adalah apabila engkau merasakan diri sudah membuat kebaikan..’


Benar, sememangnya hati adalah sesuatu yang sangat istimewa kerana ia adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Kadang kala kita merasa penat selepas melakukan program-program kebajikan, namun dalam masa yang sama kita lupa menilai hati adakah kita melakukannya kerana Allah, atau sekadar ingin mendapat pujian dari teman-teman.

Sentiasalah muhasabah diri sendiri, sebab itu kadang-kadang penting untuk kita memiliki sahabat yang dapat mengingatkan diri kita terutama apabila diri berada di puncak kejayaan. Lihatlah sejarah yang pernah terukir apabila Sultan Muhammad al Fateh Berjaya membuka Constantinople, bagaimana kalam emas dari Syeikh Shamsudin al Wali telah membuat al Fateh tersungkur sujud pada Yang Esa ; ‘Hari ini nama kamu disanjung..hari ini nama kamu harum dalam lipatan sejarah..dan biarlah hanya aku yang mengingatkan engkau bahawa engkau hanyalah hamba Allah..’

Apalah sangat dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat, terlalu jauh untuk dibandingkan sehingga Allah mengibaratkan dunia hanyalah seperti sebelah sayap nyamuk. Tiada guna mengejar kemegahan dunia yang sudah pasti akan ditinggalkan pada bila-bila masa. Sebelum tidur, cuba tanya pada hati, apa tujuan sebenar kita berusaha keras mengejar cita-cita seorang doktor. Andai ada pada jawapan itu yang mengikut pengetahuan kita akan mengundang murka Allah, istighfarlah dan mulakan niat baru.


Juga saat ini di mana kita sedang dalam proses pembentukan untuk menjadi seorang doktor, banyak mehnah ujian yang pastinya akan membuatkan kita kadang kala terduduk jua. Dalam imtihan, kegagalan adalah sunnatullah orang yang menuntut ilmu, tiada apa yang perlu dikesalkan. Sudah terlalu banyak kisah orang terdahulu yang membuktikan bahawa kegagalan jika dinilai dari sudut berbeza, bisa menjadi peransang kepada seseorang untuk terus berusaha.

Dalam pada itu jika kita melihat ada sahabat kita yang diuji dengan kesenangan atau kecemerlangan, jangan sekali-kali ada perasaan cemburu atau dengki padanya. Ini hari dia, siapa tahu esok hari kita pula. Saudara Zaim memberi tips bagaimana untuk menghilangkan perasaan dengki kepada seseorang iaitu dengan memuji orang tersebut dengan kelebihan yang ada padanya. Dengan itu kita akan menjadi kawan kepadanya dan dengan izin Allah, perasaan dengki akan terhakis sedikit demi sedikit.

Tepat jam 8.30 malam kuliyah maghrib melabuhkan tirainya. Kemudian diikuti solat isyak berjemaah dan solat hajat imtihan. Syukur kepada tuhan yang memudahkan urusan semuanya walau cuaca sejuk mengiringi dari awal hingga ke akhir. Semoga Allah menerima semua yang dilakukan oleh mahasiswa mahasiswi tahun 4 sebagai amal soleh yang akan memudahkan hisab di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :
(Mohammad Miqdam Musa)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More