PANDUAN KESELAMATAN BAGI PELAKSANAAN AKTIVITI
MERUJUK KEPADA PERKARA LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN [i] PADA GARIS PANDUAN KESELAMATAN KBMK.
PERINGATAN INI BERTUJUAN UNTUK MENGELAKKAN SEGALA PRASANGKA PIHAK BERKUASA MESIR TERHADAP AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SECARA BERKUMPULAN TERUTAMANYA OLEH PELAJAR.
MENGENAI PANDUAN KESELAMATAN YANG TELAH DIEDARKAN OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH, PEJABAT MARA MESIR BERASA TERPANGGIL UNTUK MENGHURAI DAN MENJELASKAN BEBERAPA PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN KEPERLUAN SETEMPAT MENGENAI PELAKSANAAN AKTIVITI.
- ISKANDARIAH MERUPAKAN TEMPAT PENYOKONG GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN YANG SANGAT DIKENALI DI SINI.
- PERISTIWA PENGEBOMAN GEREJA YANG BERLAKU BARU-BARU INI DISEBUT-SEBUT ADA KAITAN DENGAN GERAKAN SALAFI.
- BERDASARKAN LAPORAN AKHBAR DAN MAJALAH TEMPATAN, PIHAK BERKUASA MESIR DALAM USAHA UNTUK MENGEKANG GOLONGAN GERAKAN ISLAM DAN SEGALA FAHAMAN YANG DIANGGAP BOLEH MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA.
OLEH ITU, TIADA AKTIVITI BERKUMPULAN YANG DIADAKAN DI RUMAH-RUMAH SEWA YANG BOLEH MENYEBABKAN KECURIGAAN JIRAN TETANGGA DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
AKTIVITI YANG DIMAKSUDKAN ADALAH
- AKTIVITI-AKTIVITI YANG MELIBATKAN PERKUMPULAN ATAU PERHIMPUNAN, JUMLAH YANG BESAR ATAU KECIL, YANG DILAKUKAN SIANG ATAU MALAM.
PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
1- ELAKKAN SEBARANG PERHIMPUNAN ATAUPUN PERKUMPULAN YANG MERUJUK KEPADA AKTIVITI KEAGAMAAN DIRUMAH-RUMAH SEWA. Contohnya; Halaqah keagamaan, diskusi-diskusi kitab dan sebagainya.
2- BUKU ATAU SEBARANG KITAB GERAKAN ISLAM SEPERTI IKHWAN MUSLIMIN DAN BUKU YANG MENYENTUH FAHAMAN MAZHAB TIDAK BOLEH MENJADI BAHAN PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN SEWAJARKAN TIADA KAITAN DENGAN GERAKAN ISLAM YANG BERADA DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA.
3- SEGALA AKTIVITI PERCETAKAN BAHAN-BAHAN ILMIAH/GERAKAN TERMASUK FOTOKOPI YANG MELIBATKAN JUMLAH YANG BESAR HENDAKLAH DIELAKKAN.
4- ELAKKAN SEGALA PERBINCANGAN/PERCAKAPAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT MENGENAI REVOLUSI YANG TELAH BERLAKU DI MESIR [SAMADA YANG BERSIFAT MENYOKONG ATAU MEMBANTAH KERAJAAN]
*panduan ini bersifat sementara, dan sangat bergantung dengan faktor keselamatan semasa Negara Mesir.
*Keadaan politik Mesir yang masih tidak stabil tidak boleh dipandang remeh oleh semua pelajar terutamanya dalam melaksanakan aktiviti harian atau persatuan.
Isahak bin Othaman,
PENGARAH MARA MESIR.
Sehubungan dengan perkara di atas, kami dan juga wakil dari pihak kedutaan serta MARA berharap semua pelajar mematuhi arahan yg telah ditetapkan, dan jangan memandang perkara ini sebagai remeh.
yang benar,
Muhammad Haris Fadillah Bin Muhamad,
tahun 4 Kuliah Perubatan,
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah.
2 HoT sTufF:
nak tanya, merujuk pada perkara no.1 tu, mcm mana dgn activity SC(Smart Circle)? tak boleh diadakan ke?
Benda baik, buat apa ditangguh-tangguh.
Kalau merasakan Sc bagus untuk membentuk peribadi dan sahsiah yang mulia. Teruskan sahaja.
Cuma yang kerajaan khawatirnya, takut perhimpunan tersebut melibatkan benda yang bukan-bukan. perhimpunan haram ke, kumpulan perompak ke dan lain.
Tapi sebaik-baik apa-apa aktiviti dilakukan secara cermat dan selamat. Setahu saya, himpunan Sc selalunya tidaklah ramai manapun.
Jadi kemungkinan hendak serupa dengan kumpulan haram tidak sama sekali lah.
Walaupun kita tahu, kita di pihak yang betul, nak takut apa. Tapi sebaik-baiknya ambillah cara paling selamat. Dalam banyak-banyak kemudaratan, ambillah yang paling ringan. Yang penting tujuan asal kita sampai.
Post a Comment