Saturday, March 26, 2011

Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Tahun 2011

Assalamualaikum wbt,

selamat pulang ke mesir ana ucapkan rasanya masih belum terlmbat,
seperti yg kita semua tahu bahawa perintah berkurung di mesir masih lag berkuatkuasa, iaitu dari pukul 12 tgh mlm hingga pukul 6 pagi..
ini menunjukkan bahawa egypt masih belum stabil sepenuhnya, oleh itu pihak KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH telah menyediakan garis panduan keselamatan untuk semua pelajar yg baru pulang ke mesir dan hendaklah mematuhi garis panduan tersebut 

di sini ana attachkan garis panduan keselamatan ini untuk dimuat turun oleh sahabat2..
berhati-hatilah di negara org ini...

ana juga meminta maaf kerana lambat utk mengepost maklumat ini,

sekian terima kasih,

yang benar,
muhammad haris fadillah bin muhamad
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2011/2012.

Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Tahun 2011

1.       Keadaan dan Maklumat Semasa Mesir

a)      Mulai 11 Febuari 2011, Negara Republik Arab Mesir (Mesir) diperintah dan ditadbir oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Kerajaan Sementara (Interim) Mesir.
b)      Waktu perintah berkurung masih berkuatkuasa pada setiap hari di seluruh Mesir dari jam 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi.
c)       Semua pejabat Kerajaan, institusi pengajian, pusat kesihatan,premis perniagaan, perbankan dan sistem pengangkutan awam secara amnya telah beroperasi seperti biasa.
d)      Pasukan polis telah mula kembali bertugas secara berperingkat. Namun waktu tindak balas (response time) oleh pihak polis dijangka tidak menepati keperluan sebarang kecemasan.
e)      Pihak tentera masih berada di beberapa kawasan dan premis strategik seperti di luar bangunan-bangunan kerajaan.
f)       Tunjuk perasaan dan mogok masih berlaku ditempat-tempat dan pada masa-masa tertentu yang tidak melibatkan kekacauan ataupun keganasan yang melampau.

2.       Tindakan serta merta.
a.       Bagi pelajar Malaysia yang berada di Mesir,sila layari laman web pejabat Education Malaysia Cairo di www.jpmk.info untuk membuat semakan pendaftaran. Sekiranya belum berdaftar, Borang Peribadi Pelajar boleh dimuat turun dari laman web www.jpmk.info dan hantarkan Borang Peribadi Pelajar yang telah dilengkapkan kepada Pejabat Education Malaysia Cairo di alamat e-mel : datapelajarmesir2011@gmail.com

3.       Langkah-langkan pencegahan dan Keselamatan
a.       Patuhi arahan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh kerajaan Mesir
b.      Utamakan keselamatan diri dan simpan dokumen-dokumen penting seperti passport serta barang-barang berharga di tempat yang selamat.
c.       Sentiasa peka dan waspada kepada persekitaran dan kemaskini maklumat semasa melalui media massa.
d.      Simpan bekalan makanan dan minum untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 hari.
e.      Pastikan supaya dokumen pengenalan diri seperti kad pelajar ataupun passport dibawa bersama apabila melakukan perjalanan keluar dari rumah/kediaman.
f.        Pastikan anda dapat dihubungi dengan mudah dan sentiasa memberikan maklumat perhubungan anda yang terkini kepada Education Malaysia Cairo (bagi pelajar Malaysia).
g.       Tidak melibatkan diri dalam sebarang jenis perhimpunan yang dianjurkan oleh masyarakat tempatan sama ada di tempat terbuka atau tertutup atau dalam ataupun luar kampus universiti.
h.      Elakkan dari berjalan-jalan/bersiar-siar di waktu malam atau apa pun berjalan berseorangan terutamanya bagi pelajar wanita.
i.         Bagi para pelajar, sebarang aktiviti sama ada secara individu ataupun berkumpulan yang ingin dijalankan mestilah mendapat pandangan dan kelulusan daripada pejabat Education Malaysia Cairo.

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More