Setiap hari, berjuta ayat baru muncul, direka dan diperkenalkan bagi memperbaharui yang lama. Seperti hati atau keikhlasan yang harus sentiasa ditajdidkan bagi membetulkan semula niat awal.
Ayat baru juga direka bagi melengkapkan ayat atau memudahkan pemahaman. Selain itu bagi memudahkan pemahaman kita terhadap sesuatu kondisi. .
Namun kali ini berbeza, kerna campuran unik, baru, beza dan PELIK telah menghasilkan suatu perkataan yang baru bagi menunjukkan kelainan dan pembaharuan dalam sesebuah sistem masyarakat
Ya. Itu dia, sudah muncul pun istilah baru. Kalau sebelum ini kita pernah dengar ‘Shopaholic’ (tagih bershopping).Mungkin perempuan sudah biasa dengan perkataan ini. Tapi kali ini kita dengar pula istilah baru iaitu ‘Medicophilic’. Ia digempurkan pula bagi menambah keunikannya dengan menjadikan ia sebagai aktiviti tahunan iaitu ‘Medicophilic Month’.
Medic/0/philic
Medic = perubatan
0 = (sambungan untuk ayat)
Philic = tarikan
Digabungkan menjadi perubatan tarikan?
Tidak mengapa jika kita tidak faham. Mungkin perlu revisi lagi nampaknya. Baru setahun sudah lupa module 1? Tidakkkk. Tetapi apa-apa pun, mesej yang ingin disampaikan adalah menjadikan bidang perubatan ini sebagai kegemaran. Seperti makanan kegemaran? Lebih kurang la. Bila dah minat, bosan ke makan benda sama? Tidak, jadi jika kita minat perubatan, kita akan bosankah? errr. Moga-moga Tidak insyaAllah.
Moga-moga aktiviti yang bakal dijalankan ini boleh mencapai misi dan visinya seperti dalam video tersebut. Sehinggakan apabila tiada kelas pun dia berasa sedih! Waw! Bilalah kita hendak jadi macam tu eh. Wujud ke orang macam tu? Terdetik juga dekat hati. Tetapi tidak mengapa, apa-apapun kita cuba dulu dan kita sebagai penyokong juga haruslah memberi nafkah sokongan selagi ia tidak melanggar syarak atau hokum.
Ketahuilah mengapa kita perlu cintai Medic dan Jadilah seperti Dango!
0 HoT sTufF:
Post a Comment