Saturday, May 19, 2012

Ombak Ukhwah (MRU)

Bismillah
                               Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Selawat ke atas junjungan Nabi SAW

                                

Tanggal 18 bulan 5, 2012 bukanlah hari merdeka buat rakyat Malaysia tetapi ia merupakan hari yang bersejarah buat pelajar tahun 3 Kuliah Perubatan , Iskandariah. Sekali lagi Program Majlis Rapat Ukhwah (MRU) yang bertemakan Ombak Ukhwah telah dilaksanakan dengan jayanya di pantai syatbi dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan.

Antara program yang telah disajikan adalah permainan tradisional melayu seperti galah panjang, kejar-dikejar anjing, lempar selipar dan lain-lain. Walaupun pada awalnya keadaan agak tegang dimana pelajar terpaksa menghadapi situasi panik dengan kehadiran “tetamu” yang tidak diundang, namun keadaan dapat ditanggani dengan berhemah apabila toleransi antara pelajar dan anjing telah tercapai.








 Selain dari aktiviti fizikal, aktiviti berkonsepkan rohani juga telah disediakan buat pelajar. Abang Rahim Suhaini telah dijemput khas dari Ibrahimiah bagi menyampaikan sedikit tazkirah. Dalam ucapan beliau ,  beliau memberi penekanan mengenai betapa pentingnya penjagaan hubungan kita sesama kawan kerana ia merupakan perkara yang sangat susah untuk dijaga. Beliau juga mengingatkan kita supaya lebih berlapang dada dalam kehidupan seharian kerana ia lebih menguntungkan daripada kita mengikut emosi.



Kes Buli

Galah? Panjang? Apakah?





Lempar selipar


                                                    sepatutnya sedih?

Program telah berlangsung dari pukul 0800 dan berakhir pada jam 1100 bagi menyediakan ruang untuk persediaan ke masjid. Pihak pengurusan mengharapkan agar semua yang terlibat dengan aktiviti pagi tadi dapat memanfaatkan sebaiknya segala aktiviti yang telah dijalankan. 

Ambillah segala pengajaran yang ada dan aplikasikannya dalam kehidupan kita. Ilmu tanpa amal adalah umpama pokok yang tiada buah. Jika tiada buah, apa gunanya ada pokok? Mungkin boleh tolong hasilkan oksigen, namun mana lagi untung? Jika kita  dapat kedua-duanya. Itulah realiti hidup masa kini kerna hidup hanya bermakna jika kita berbakti. Wallahua'lam.

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More