Sunday, May 8, 2011

Penguatkuasaan




Assalamualaikum wbt

Beberapa minggu yang lepas, telah berlakunya suatu insiden dimana......


pemilihan OGLO telah dilakukan. Ini adalah demi mencari identiti atau mewujudkan identiti bagi Batch kita. Alhamdulillah penyertaan amat menggalakkan dari semua ahli dan 1 OGLO telah dipilih bagi mewakili kita semua.


Kita semua tahu, setiap orang, persatuan bahkan organisasi mempunyai "trademark" atau identiti tersendiri. Setiap identiti yang terhasil ini memberi gambaran dan segala ciri yang terdapat dalam sesuatu organisasi tersebut. Organisasi tanpa identiti hanya bergerak bawah bayang. Segala baik dan buruk dirujuk pada organisasi itu sendiri bukan pada individu.


Selain itu Identiti juga yang akan kita bawa keluar setelah belajar disini bukan hanya berakhir setelah tamat pengajian. Bahkan, pertanyaan yang sering dilemparkan bukanlah pertanyaan individu tetapi secara jumlah "whole".


"Oh, koi (N.S) dari Batch yang fulan fulan fulan eh"?


bukan


"ekau yang......erm....ape aok (N.S) nak cakap tadi eh?"



Setelah terhasilnya OGLO tersebut, dengan secara rasminya OGLO itu menjadi LOGO rasmi bagi Batch kita. Jadi penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi penggunaan OGLO tersebut. Di sini garis panduan telah dihasilkan agar dapat dilaksanakan bagi pihak yang akan menjadi berkenaan.



Bagi apa jua aktiviti yang dilaksanakan, harus dikenakan pada header atau bersebelahan logo PERUBATAN. Antaranya:


1) KERTAS KERJA
2) PEMBENTANGAN
3) SLIDE POWERPOINT
4) PENGUMUMAN ALEXMED
5) PENGUMUMAN MUMTAZBAZZ
6) APA SAHAJA AKTIVITI MELIBATKAN BATCH





Semua aplikasi OGLO dalam aktiviti anda bukanlah bersifat kabilah atau "racistism". Bahkan bagi meningkatkan semangat kebersamaan dan merapatkan hubungan sesama kita. Selain itu kita semua boleh bergerak dibawah satu payung bukan setakat di Universiti Alexandria tetapi sehingga kita keluar menjadi Doktor, beranak-pinak mahupun pabila sudah menjadi pemimpin sekalipun. InsyaAllah.


Semua pengaplikasian tersebut adalah diatas kemampuan anda sendiri. Namun, Diharap semua ahli dapat memberi kerjasama yang padu bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. InsyaAllah tidak membawa keburukan di diri tetapi sebaliknya . Bukan atas kepentingan kepentingan "aku" "saya" "ana" tetapi "kami" "ehna" "wo men".


Majulah DOKTOR untuk semua.


Wassalam


(N.S=negeri sembilan)











4 HoT sTufF:

"Oh, koi (N.S) dari Batch yang fulan fulan fulan eh"?


bukan


"ekau yang......erm....ape aok (N.S) nak cakap tadi eh?"

firstly, sori. aku menetap n9 da 20 tahun, tapi siyes aku tak paham contoh atas ni, "koi' tu ape ek? "aok"?

This comment has been removed by the author.

oh yeke.

sorilah, rasanya silap taip tu.

pahang la kot. Ns ada slang ke?

Memang rakyat NS yang sejati. Tahniah!

Maaf atas kesilapan :D

ouh pahang haha dont worry, it's ok :)

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More