Pabila menonton video diatas, teringat takbir dimalaysia
kita sama-sama pergi kemasjid, bertakbir,
mula-mula imam, selepas itu bilal dan seterusnya
Selepas itu, duit raya pun diberi pada semua
Kita balik rumah, bersama keluarga makan-makan
aduh meriahnya.
Teringat family yang ada dirumah
Nenek, datuk, emak, ayah, mak cik, pak cik
jika dulu kita bersiap sama-sama, membuat lemang, membuat kuih
Kita bertakbir sama-sama. ziarah sana, ziarah sini
Tapi kini sudah lain, keluarga beraya disana bersama mereka
kita disini terkenang yang disana, bergenang air mata terkenang akan mereka
kenangan beraya dan bersama, selama 19, 20, 21 tahun bersama
kita terpisah jua akhirnya,
Akan tetapi, Allah maha adil
Dia tidak melupakan kita,
Dia telah menciptakan sahabat yang akan sentiasa bersama kita suka atau duka
Hargailah mereka yang ada sebelum, kini dan selepas
jangan biarkan tali yang digenggam kuat tetapi akhirnya terlepas
pastikan tali tersebut digam sekuat-kuatnya guna gam gajah
agar ukhwah yang dibina, kuat disemat selama-lamanya dihati
Kalau dulu kita minta maaf sesama keluarga sahaja
Marilah kali ini kita minta maaf sesama kawan juga
Bertakbir dan bersuka ria bersama
lupakan mercun, duit raya
kita makan sahaja!!!
Salam aidiladha
minta maaf dari pada lahirnya kezahiran kami sehingga kebatinan kami
jika selama ini kami terkurang atau tersilap kata
10 jari memohon meminta kemaafan
kami cumalah hamba yang lemah dan masih belajar lagi :)
Pada yang tidak beraya di Malaysia, kaherah atau mana-mana
Jom kita pergi asrama esok memeriahkan dan takbir style melayu yang sayu :D
MAKANAN disediakan juga jangan risau!
Tarikh:16 november
Masa: 7 am
tempat: asrama MARA
0 HoT sTufF:
Post a Comment