WELCOME TO MUMTAZBAZZ

ALL THINGS IN HERE!!!

MACAM-MACAM ADA....

PROGRAM MRU

Carilah Hatimu!

...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

KATA HIKMAH

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Thursday, June 30, 2011

place changes

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah, untuk jadual pada hari Ahad ni, tempat untuk kelas praktikal ada sedikit perubahan.
p/s : masa utk kelas praktikal tidak berubah.

Section 1- class 7
section 2- class 8
section 3- lab 5
section 4-class 7
section 5-class 8

Ketua section, sila alert dan bagitau anak buah.. syukran lakum.

Ambil Cakna...

Assalamualaikum kawan-kawan,,,
ape khabar modul baru kita tu?
dah start baca? ;)

ok,diminta kepada semua i-mumtazians yang dihormati untuk bawa salinan pasport (bahagian ade gambar kita tu) pada hari AHAD ini bersamaan 3 Julai dan serahkan kepada SR..

mcm biasa,sila inform kepada kawan-kawan yang tak buka blog MB,,,
jazakumullahi khairan kathira

Wednesday, June 29, 2011

meeting best buddy

Assalamualaikum warahmatullah...PErhatian kepada nama2 mentor dibawah, insyaAllah, akan diadakan satu perjumpaan bersama mentee anda pada:
hari : khamis
masa: 4.30 petang
tempat : teratak iskandariah

Diharap semua mentor dan mentee dapat memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya untuk menghadiri meeting tersebut. Sekian terima kasih.

Izyan Khalidah

Nur Hanina

Siti Hajar binti Abd Razak

Nuryn zhafaryna

Amira binti Abdul Hamid

Siti Sarah

Siti Hafsah binti Ahmad Pauzi

Siti Juwairiyyah

Syadza Norain

Siti Nabila binti Dzulkifli

Fatin Atiqah Zafrullah

Amira binti Aziz

Nur Hanan binti Nik Abdullah

Nur Sakinah Yusof

Farah Auni

Nuryn zhafaryna

Nur Amalina binti Shukri

Nur Asmizza

Norliyana Binti Sulaiman

Nabilah Khushairi

Lailatul Munirah

Najibah binti Abdul Malek

Nur Amira Izzah

Alif Rahimi Ismail

Mohd Hisyam Yusoff

Fatin Aifa

Nusaibah Sallehuddin

Wan Ahmad Fathiizzuddin

Abang Azmi Abang Mohamed

Izzat Romi

Anas Hadi

Khairil Rumaling

Muhammad Akmal Mohaideen

Azwan Izzat

Raja Shahrizad

Usaid Fakhruddin

Hamizan Othman

Abu Bakar

Muhammad Zikri Bin Yussof

Nurul Nadiah Jamil

kelas cancel

Assalamualaikum wbt. Semua Lecture dan practical pada hari ini dibatalkan dan akan diganti pada hari esok. Jadual ganti adalah sama seperti hari ini. Harap maklum.

Tuesday, June 28, 2011

EPIDEMIOLOGY SLIDES

Assalamualaikum,
there are slides for today's lectures. (MODULE 13>EPIDEMIOLOGY)
happy studying^_^

Monday, June 27, 2011

Love Exchange




The LOVE Exchange

Disini disertakan beberapa tema untuk aktiviti WARM Fasa 2 kali ini

1) 1) Pemurah dan dermawan terhadap saudara-saudaranya

2) 2) Mengalirkan kebahagiaan

3) 3) Mendahulukan orang lain

4) 4) Bersungguh-sungguh

5) 5) Berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan

6) 6) Pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan

7) 7) Bermanfaat bagi orang lain dan menjauhkan kemudaratan bagi mereka


Dengan menggunakan konsep portluck, setiap pelajar diminta untuk menyediakan sebuah (lebih lagi senang menang) hadiah. Cirri-ciri hadiah boleh dilihat di bawah. Hadiah-hadiah ini akan dikumpul oleh ketua section dan akan diberi semula kepada para pelajar secara rambang. Namun, nama para pelajar yang akan memberi dan menerima hadiah tersebut dirahsiakan untuk menjadikan hadiah tersebut lebih bermakna. Dan peserta yang memberi hadiah mengikut criteria-kritiria The LOVE Exchange akan mendapat sebuah “secret hamper” special di mana hadiah trsebut akan dihakimi oleh juri-juri handalan batch 2nd year kita.

Criteria bagi pemenang The LOVE Exchange

Hadiah yang paling kreatif dan cantik juga menarik

Hadiah yang paling banyak disumbang (kuantiti selaras dengan kualiti)

Hadiah yang diberi mestilah bermanfaat untuk orang lain

Hadiah yang sangat bermakna untuk penerima

Dan criteria untuk sebuah hadiah adalah tiada batasan dan sempadan daripada segala segi aspek. Setiap criteria mempunyai pemarkahan yang tersendiri dan para pelajar hendaklah membuat hadiah tersebut dengan bersungguh-sungguh. Apa yang dimaksudkan dengan 'bersungguh-sungguh'. Ia membawa makna kita melakukan sesuatu perkara dengan keikhlasan dan mencurah sepenuh hati kita terhadap sesuatu perkara .


Mengapa perlu Kita sertai? Supaya dapat menang “secret hamper”? Iya, memang kita akan memenangi hadiah hamper itu tapi hamper sahajalah yang kita dapat. Sama juga seperti Dunia, jika kita mengejar dunia memang dunia kita akan dapat tetapi bagaimana pula dengan akhirat?

Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah berbalik semula pada akarnya. Mengapa kita melakukan ini dan mengapa itu. Moga-moga melalui pemberian hadiah ini dapat melatih diri kita menjadi lebih memberi dan ikhlas. Moga pemberian kita memberi manfaat kepada penggunanya. Selagi insan yang menerima menggunakan barang kita, selagi itu kita mendapat pahala. InsyaAllah. Namun yang paling penting adalah setiap perkara atau pemberian yang dilaksanakan mestilah kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah :)

Diharap semua dapat menyertai aktiviti kali ini dan semua orang mendapat hadiah.

Due date hantar hadiah : 2-7-11

Pengumuman pemenang dan pemberian hadiah : 4-7-11

Let’s EXCHANGE our LOVE peeps…!!!


Vote For Your Love ones!

You have only 6 hours left to vote for your most preferred schedule for our final exam. The result will be taken to Dr Hala tomorrow so the vote will starts from now!

Please Vote base on your most prefered schedules, One person only one vote. You can find the pool by "scrolling" your eyeballs to the right.--->

Please vote also the date for your most preferred date for ICDL exams below it.




Sunday

10/7/2011

End of Epidemiology Module

Tuesday

12/7/2011

End of Semester – Epidemiology

Wednesday

20/7/2011

End of Semester – Cardiovascular System

Tuesday

26/7/2011

End of Semester – Respiratory System

Thursday

28/7/2011

Psychology and Ethics




Schedule 1


Sunday

10/7/2011

End of Epidemiology Module

Saturday

23/7/2011

End of Semester – Cardiovascular System

Tuesday

26/7/2011

End of Semester – Respiratory System

Wednesday

27/7/2011

End of Semester – Epidemiology

Thursday

28/7/2011

Psychology and Ethics

Schedule 2


Sunday

10/7/2011

End of Epidemiology Module

Thursday

21/7/2011

End of Semester – Cardiovascular System

Monday

25/7/2011

End of Semester – Respiratory System

Wednesday

27/7/2011

End of Semester – Epidemiology

Thursday

28/7/2011

Psychology and Ethics

Schedule 3


Sunday

10/7/2011

End of Epidemiology Module

Saturday

23/7/2011

End of Semester – Cardiovascular System

Monday

25/7/2011

End of Semester – Respiratory System

Wednesday

27/7/2011

End of Semester – Epidemiology

Thursday

28/7/2011

Psychology and Ethics

Schedule 4

Saturday, June 25, 2011

"Laa Taghdhab"


We.Are.Real.Muslims [WARM] PCI -Fasa 2: 'Hold My Hand'

Tajuk: ''Penyantun" (Sumbangan Tahun 2)

---

Muslim yang sentiasa meneguk hidayah dari sumber mata air islam, memiliki satu akhlak yang suci iaitu penyantun, mampu mengawal emosi dan melatih diri untuk sentiasa menjadi pemaaf, serta berkomunikasi dengan cara yang paling baik, sebagai pengamalan dari firman Allah s.w.t.
'(Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan).' ( QS. AL-IMRAN :134)

Juga firman-NYA,
'Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.' (QS. FUSHILAT : 34-35)

Yang demikian itu kerana menahan diri dari marah dan menggantikan dengan kemaafan dan kesantunan merupakan akhlak yang terindah dari kaum muslimin dan muslimat yang sangat dicintai Allah s.w.t .

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata : bersabda Rasulullah kepada Asyaj Abdul Qais :
'Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang disukai oleh Allah iaitu sifat santun dan penyabar.' ( HR Muslim)

Pernah suatu ketika Rasulullah menasihati seorang lelaki yang datang kepadanya untuk meminta wasiat lalu Rasulullah wasiat kepadanya cukup dengan satu kalimat. iaitu “Laa Taghdhab”
(jangan engkau marah).

Daripada Abu Hurairah: 'Seorang lelaki berkata kepada Nabi: Nasihatilah aku, Nabi berkata: Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali meminta nasihat, Nabi berkata (setiap kali): Janganlah kamu marah.' (HR Bukhari)

Tegasnya penyantun itu adalah tanda-tanda kesempurnaan akal fikiran dan penguasaanya terhadap keinginan hawa nafsu yang dapat mematahkan segala kekuatan dan kegejolakan sifat marah dalam diri, serta menundukkannya menurut pertimbangan akal fikiran. Tetapi pada mulanya mestilah dicuba dengan menyantunkan diri dan menahankan kemarahan secara paksaan, sehingga akhirnya perbuatan itu menjadi suatu kebiasaan.


---

"Sampaikan dariku walau satu ayat" -Hadis Riwayat Tirmidzi

We.Are.Real.Muslims [WARM]
PERUBATAN Cawangan Iskandaria
h

Friday, June 24, 2011

.:Memudahkan dan tidak menyulitkan:.




We.Are.Real.Muslims [WARM] PCI -Fasa 2: 'Hold My Hand'



Tajuk: ''Memudahkan dan tidak menyulitkan" (Sumbangan Tahun 5)



*memudahkan: menjadikan mudah utk dikerjakan

*menyulitkan: menyusahkan; menyukarkan

---



Akhlak orang-orang mukmin adalah bersikap memudahkan dalam segala hal.



Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah – 185 : “Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu.”



Di sini dapat dilihat bahawa Islam menganjurkan umatnya untuk mempermudah dan melarang mereka dari bersikap menyulitkan orang lain.



“Ajarkanlah dan mudahkanlah, janganlah menyulitkan, apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah ia diam” HR Bukhari



Ini mencontohi sikap Rasulullah saw seperti yang diceritakan oleh Ummul Mukminin Aisyah radhiyallahu anha:

“Rasulullah saw tidak diberi 2 pilihan kecuali memilih yang paling mudah selagi mana hal tersebut tidak termasuk perbuatan dosa, dan kalau termasuk dosa maka Baginda adalah orang yang paling jauh darinya. Dan Rasulullah saw tidak pernah sama sekali membalas dendam untuk dirinya dalam hal apa pun, kecuali jika agama Allah dilanggar, maka Baginda marah kerana Allah.” (Muttafaq a’laihi)



Tidak ada sikap yang lebih layak untuk manusia selain seperti sikap mempermudah, dan tidak ada sikap yang lebih mengganggu, yang menyebabkan manusia lari darinya selain seperti sikap menyulitkan.



Oleh kerana itu, sikap Rasulullah saw diambil sebagai tauladan iaitu mempermudahkan dalam batas amal yang disyariaatkan dan halal, sehingga menjadikannya sebagai kebiasaan pada umat Islam, supaya hidup mereka jauh dari kerasnya sikap mempersulit dan memberatkan jiwa.



---



"Sampaikan dariku walau satu ayat" -Hadis Riwayat Tirmidzi



We.Are.Real.Muslims [WARM]

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan

We.Are.Real.Muslims [WARM] PCI -Fasa 2: 'Hold My Hand'

Tajuk: ''Pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan" (Sumbangan Tahun 4)

Islam itu indah. Jalinan persaudaraan dalam Islam bermula apabila kita mengucapkan kalimah syahadah, kalimah yang mengisytiharkan diri sebagai seorang muslim dan menyatukan umat Islam yang lain dengan ikatan persaudaraan yang tulus suci. Islam wujud atas dasar cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah dan cinta sesama manusia. Masyarakat berteladan dalam konteks Islam adalah berlandaskan cinta, persaudaraan dan nasihat. Cinta sesama manusia bermula dengan ukhuwah dan seindah-indah ikatan adalah ukhuwah Islamiah.

Jika kamu mahu masuk ke syurga, haruslah kamu beriman dan untuk menjadi seorang yang beriman, haruslah kamu saling mencintai dan untuk menggapai cinta itu, tebarkanlah salam antara kamu.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawasanya, Nabi bersabda : “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepadamu suatu hal yang apabila kamu mengerjakannya maka kamu akan saling mencintai? Tebarkan salam di antara kamu.” (HR. Muslim)

Rasullullah menganjurkan salam sebagai pembuka pencintaan sesama muslim. Dengan ungkapan yang simple , kita telah mendoakan kesejahteraan saudara muslim yang lain. Selepas salam sebagai pembuka, kita ikuti pula dengan perkenalan. Bagaimana mahu mencintai sekiranya saling tidak mengenali? Dengan mengenali saudara yang lain, kita akan mampu berkongsi detik suka, duka dan seterusnya cinta. Akan tetapi, iman tidak sempurna selagi hubungan sesama muslim terselit dengan rasa benci dan dengki. Jalinan persaudaraan dengan saudara se-Islam atas dasar cinta kepada Allah, dengan penuh hati, kasih sayang dan kebaikan dapat memadamkan rasa dengki, iri hati, benci, permusuhan sehinggakan persaudaraan kerana Allah terikat kuat dan jalinan kasih semakin erat. Oleh itu, amatlah penting bagi setiap umat Islam untuk menanam sifat cinta di dalam hati kepada saudara sesama Islam kerana Allah kerana inilah yg dituntut untuk menghasilkan buah cinta yang tulus dan murni sekaligus membentuk sebuah masyarakat yang kuat, mampu memikul tanggungjawab jihad dan rela berkorban demi Islam.

Atas dasar cinta yang tulus dan keakraban antara Rasulullah s.a.w dengan para sahabat, terbinalah satu ikatan persaudaraan yang sangat erat bagai aur dengan tebing atas dasar ukhuwah Imaniyyah yang mampu memikul tanggungjawab jihad dan rela berkorban. Usaha tersebut melahirkan asas kekukuhan syiar Islam dan peranan mereka menjadi contoh yang amat sempurna sehingga kini. Buktinya, umat Islam di seluruh dunia bersatu padu atas landasan yang pernah dibina oleh baginda.

Dalam sebuah sabda Rasulullah :

“Orang mukmin yang satu dengan orang mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan, antara yang satu dengan yang lain saling menguatkan.” (Muttafaq’alaihi)

Umat Islam saling membutuhkan antara satu sama lain. Umpama tubuh fisik manusia, kita kuat apabila imunisasi lengkap. Kita lemah walau hanya satu anggota yang sakit. Bukti solidaritas adalah tunjang kekuatan ummat.

“...apabila salah satu dari anggota tubuhnya yang sakit, maka seluruh anggota tubuhnya merasakan sakit dan demam.” (Mutatafaq’alaihi)

Pondasi Islam itu ialah cinta, yakni cinta pada Allah. Agama Islam juga amat menitikberatkan jalinan cinta sesama muslim sehingga ianya menjadi syarat keimanan. Tambahan pula, peranan muslim umpama bintang-gumintang yang menyinarkan cahaya cinta dan persaudaraan kerana Allah. Terus, kegelapan sifat bobrok dengki dan iri dalam hati manusia akan terhapus pabila cahaya cinta nurani pada Tuhan sampai ke dasar hatinya.

Tuntasnya, jika umat Islam benar-benar bersatu kerana cinta Ilahi, nescaya kekuatan itu akan mampu mengembalikan syiar kegemilangan Islam. InsyaAllah..

Akhir kalam,

Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;

"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya." (Hadis sahih Abu Daud)

-----

"Sampaikan dariku walau satu ayat" -Hadis Riwayat Tirmidzi

We.Are.Real.Muslims [WARM]

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More