Monday, February 28, 2011

Perhatian Kepada Anak Negeri Sarawak

Assalamualaikum wbt,kepada anak negeri sarawak,sila ambil perhatian:


Perhatian kepada pelajar Sarawak yang balik bersama OPS PIRAMID tempoh hari,sama ada pelajar yang dibawah tajaan atau tidak,anda diminta untuk hadir ke perjumpaan ini.
Butiran perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh          : 2 Mac 2011,Rabu
Masa            : 9.00 pagi
Tempat        : Bangunan Yayasan Negeri Sarawak
Kompleks Pusat Pembangunan,
Pendidikan Yayasan Sarawak,
L0t 47,48,Blok 14,Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah,Kuching,Sarawak.
Pakaian         : Baju kurung (P),Kemeja (L) dan berkasut.

Kehadiran adalah WAJIB bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuching dan Samarahan.Bagi yang tinggal di luar kawasan tersebut,penginapan disediakan(Asrama Yayasan Sarawak) jika berminat untuk menghadiri perjumpaan tersebut.
Untuk makluman, urusan tajaan tiket pulang ke Mesir serta sumbangan wang saku sedang diusahakan oleh wakil ibu bapa pelajar Sarawak dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Sarawak Mesir (IMSAK) .Oleh itu,bagi pelajar yang belum mendaftar sebagai ahli IMSAK,bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi wakil pelajar berikut:
Nur Zulieffa Bt Zakaria- 0194696427
Sekian,terima kasih.

 
Salhatul Asma Ruslan
Tahun 3
Kuliah Perubatan
Universiti Iskandariah

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More