Tuesday, January 11, 2011

USUL MTC KINI DIBUKA!!!

Assalamualaikum W.B.T

Insyallah pada hari ini Jabatan Setiausaha PCI akan
membuka usul untuk dibawa pada Mesyuarat Tahunan Cawangan Iskandariah (MTC) kali ke 4 pada 31 Januari 2011 ini.

Apakah definisi usul?

 1. Cadangan meminda mana-mana akta dalam perlembagaan persatuan.
  • Keputusan untuk meminda perlembagaan hanya akan di putuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).
  • Usul yang bersifat meminda perlembagaan hanya akan dibahas di peringkat cawangan dan akan dibawa ke peringkat pusat iaitu pada MAT.
2. Cadangan gerak kerja berkaitan dengan dasar pembawakan dan melibatkan AJKT dan ahli persatuan seluruhnya. Usul jenis ini boleh bersifat lokaliti dan dibincangkan dalam Mesyurat Tahunan Cawangan (MTC)

3. Cadangan penyelesaian kepada masalah KRITIKAL (yang bersifat punca utama kepada masalah-masalah lain dalam persatuan).

Untuk ingin mengetahui lebih lanjut tentang usul(kriteria, jenis dan lain-lain), boleh layari blog


Format usul

Sebagai contoh

1.       Nama penuh
2.       Tahun pengajian
3.       No. telefon
4.       Email
5.       Usul yang ingin diutarakan
6.       Sedikit penerangan tentang usul

Bagaimana menghantar usul?

1.       Boleh hantarkan usul bertulis kepada mana-mana MT PERUBATAN ISKANDARIAH (iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi I/II, Setiausaha atau Bendahari)
2.       Untuk lebih mudah boleh hantarkan kepada email ini
                secretary_pci@yahoo.com
3.       Sebarang pertanyaan boleh juga hantarkan kepada email di atas atau menghubungi Pengarah dan Timbalan Pengarah MTC.

Tarikh tutup penghantaran

Khamis 20hb Januari 2011 jam 12 p.m. Usul yang dihantar selepas tarikh ini tidak akan dilayan untuk memudahkan proses pemilihan.


Sekian, terima kasih



Ahmad Hanif bin Mohd Hafiz
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah
2009/2010

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More