Saturday, January 15, 2011

PENCERAHAN TENTANG KUOTA PERWAKILAN DAN PEMERHATI

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera diucapkan kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Memandangkan ramai yang masih kabur akan isu Perwakilan dan Pemerhati untuk MTC akan datang, di sini suka untuk saya memberikan sedikit penerangan mengenai isu tersebut.


1.PERWAKILAN


Pada tahun ini, pihak ahli jawatankuasa (AJK) pelaksana MTC mengambil langkah yang jitu bagi memastikan perjalanan program berlangsung dengan penuh teratur dengan kehendak-Nya. Untuk itu, pihak AJK pelaksana MTC kali ke-4 telah bersepakat menggariskan :


v sekurang-kurangnya 50 Perwakilan mestilah diwakilkan daripada setiap tahun pengajian(setiap batch) daripada tahun 2 sehingga tahun 6 baik dari jurusan perubatan, pergigian mahupun farmasi, yang mana ahli-ahlinya adalah Ahli Matang. Jumlah yang lebih daripada 50 orang semestinya dibolehkan dan sangat digalakkan.


v tiada kriteria-kriteria tertentu untuk melayakkan anda menjadi Perwakilan. Selagi anda merupakan ahli PERUBATAN yang matang dan membayar yuran tahunan PERUBATAN, anda layak untuk menjadi Perwakilan.


v PERUBATAN TIDAK MEMBEZAKAN anda sama ada anda dibawah tajaan JPA, MARA ataupun persendirian (private), anda tetap mempunyai hak untuk bersuara.


v Urusan kutipan senarai nama untuk Perwakilan akan dilaksanakan oleh wakil daripada setiap tahun masing-masing, sama ada ketua tahun pengajian (ketua batch) mahupun individu yang bertanggungjawab.


v Urusan kutipan senarai nama tersebut bakal diadakan dalam waktu terdekat yang akan diberitahu kemudian.


v Tujuan penetapan jumlah bilangan Perwakilan ini adalah untuk memastikan kapasiti dewan yang mencukupi dan bekalan makanan tengah hari berserta minum petang yang tidak berlebihan sebagai langkah mengelakkan pembaziran.


v Bagi mereka yang tidak berdaftar sebagai Perwakilan yang mewakili tahun pengajiannya, mereka tetap digalakkan untuk hadir bersama ke MTC tersebut, namun hak anda untuk bersuara ketika mesyuarat dijalankan adalah terhad dan makanan serta tempat untuk anda juga mungkin terhad. Untuk itu, dinasihatkan agar anda berdaftar sebagai Perwakilan seandainya mampu berbuat demikian.






2.PEMERHATI


Pemerhati dikhususkan untuk ahli-ahli PERUBATAN YANG TIDAK CUKUP SYARAT UNTUK MENJADI PERWAKILAN seperti belum mencukupi tempoh keahlian setahun dan lain-lain. Hal ini lebih melibatkan pelajar Tahun Satu, baik daripada bidang perubatan, pergigian mahupun farmasi.


Pihak AJK pelaksana MTC kali ke-4 telah bersepakat menggariskan :


v 30 Pemerhati akan dilantik dalam kalangan ahli-ahli PERUBATAN tahun satu jurusan perubatan Universiti Iskandariah, yang mana separuh daripada jumlah tersebut adalah lelaki dan separuh lagi perempuan.


v 10 Pemerhati akan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PERUBATAN tahun satu jurusan pergigian Universiti Iskandariah, yang mana separuh daripada jumlah tersebut adalah lelaki dan separuh lagi perempuan.


v 4 Pemerhati akan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PERUBATAN tahun satu jurusan farmasi Universiti Iskandariah, yang mana separuh daripada jumlah tersebut adalah lelaki dan separuh lagi perempuan.


v Jumlah yang ditetapkan ini adalah bersesuaian dengan jumlah semasa pelajar dalam setiap jurusan tersenarai.


v Antara tujuan diadakan kelompok Pemerhati adalah tidak lain tidak bukan untuk mendedahkan pelajar-pelajar baru terhadap PERUBATAN itu sendiri dari pelbagai aspek.


v Tiada kriteria-kriteria tertentu untuk melayakkan anda menjadi Pemerhati.


v Urusan kutipan senarai nama untuk Pemerhati akan dilaksanakan oleh wakil daripada setiap jurusan masing-masing, sama ada wakil pelajar (Student Representative; SR), Ketua Batch mahupun individu yang bertanggungjawab.


v Urusan kutipan senarai nama tersebut bakal diadakan dalam waktu terdekat yang akan diberitahu kemudian.


v Tempat dan makanan untuk Pemerhati akan disediakan oleh pihak penganjur.


N.B : Bagi mereka yang sudah menghantar nama sebagai Perwakilan atau Pemerhati melalui e-mel, nama anda tetap terdaftar dan akan dimaklumkan kepada wakil tahun pengajian anda atau wakil batch.


Notis ini tidak bermaksud pendaftaran melalui e-mel terbatal dan dihentikan; notis ini bertujuan memaklumkan bahawa terdapat pilihan kedua bagi anda yang ingin mendaftar.

Sekian ,terima kasih.




Yang menjalankan tugas dengan kehendak-Nya,


Mohd Erfan Bin Edros
Pengarah
MTC Iskandariah Kali ke-4

Copy from ; http://mtc.iskandariah.perubatan.org/

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More