Monday, January 17, 2011

MTC- Suara dan Kuasa

Salam Alaik

Berhubung MTC (Mesyuarat Tahunan Cawangan) Iskandariah. Seperti mana yang semua belum maklum, MTC kali ke- 4 pada tahun ini akan berlangsung pada 31 Januari 2011. Justeru, setiap warga perubatan yang berdaftar sangat-sangat diperlukan untuk hadir. Petikan dari laman web MTC menyatakan:

"sekurang-kurangnya 50 Perwakilan mestilah diwakilkan daripada setiap tahun pengajian(setiap batch) daripada tahun 2 sehingga tahun 6 baik dari jurusan perubatan,pergigian mahupun farmasi, yang mana ahli-ahlinya adalah Ahli Matang. Jumlah yang lebih daripada 50 orang semestinya dibolehkan dan sangat digalakkan."

Perwakilan ini tidak terhad kepada kaum majoriti MARA sahaja, bahkan ia terbuka kepada semua ahli perubatan mahu dari kalangan Medic Mesir, GMN, QAS, Yayasan Negeri, KEMENTAH dan yang setara dengannya. Perlu diingatkan anda mestilah seorang ahli perubatan yang berdaftar.

Bukan faktor jurusan ataupun tajaan yang diambil kira, tetapi usul yang ingin anda bawa. Ambillah kesempatan ini dengan sebaiknya. Bersama kita jayakan usaha mereka yang cuba mendengar, dengan membalas usaha kita dengan melontarkan pendapat. Apa yang penting, ‘KERJASAMA’.

Tarikh tutup penghantaran usul pula adalah pada Khamis 20hb Januari 2011 12 p.m.

Maklumat lanjut mengenai, agenda ini boleh didapati melalui laman web utama: http://mtc.iskandariah.perubatan.org/

Dalam jangka masa singkat ini, kami memerlukan 50 orang sekurang-kurangnya untuk mengisi kuota dari Perubatan. Penghantaran nama selaku Perwakilan dari Tahun 2, bolehlah di email kan terus ke:

1)  Ikhwah: (Mohd Bokhari) buku_helang@yahoo.com
2)  Akhwat: (Farah Adiba Maliha)farah_adiba01@yahoo.com

Untuk mereka yang telah mendaftar secara email, mahupun direct kepada pengarah program, atau lebih tepatnya bukan kepada mereka berdua, tolong hantar nama anda melalui email di atas, bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Daftar segera!

Ma3akum taufeeq wan Najah

0 HoT sTufF:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More